Selasa, 2 November 2010

SEnyumLah....... :) J3 ....khas UNtuk KOrang..weee

Pada dasarnya, semua orang bisa tersenyum, namun kadangkala karena ketidakseimbangan baik fisik apalagi mental membuat sebagian orang sukar untuk senyum. Dalam ajaran Islam, senyum dianggap sebagai suatu ibadah, Rasulullah saw bersabda, "Senyummu kepada saudaramu adalah sedekah," (HR Muslim).

Senyum adalah sedekah, karena orang yang tersenyum adalah orang yang mampu memberikan rasa aman dan rasa persahabatan pada orang lain. Senyum juga menggambarkan karakter kondisi si pemberi senyum bahwa ia mempunyai sifat lembut, ramah, dan bersahaja. Untuk memotivasi para sahabat, suatu hari Rasulullah saw berpesan, "Janganlah kalian menganggap remeh kebaikan itu, walaupun itu hanya bermuka cerah pada orang lain," (HR Muslim).

Orang yang selalu bermuka cerah, tentu akan mendapat tempat dan disukai oleh banyak orang, sebaliknya orang yang hanya cemberut saja, mudah tersinggung dan marah akan dijauhi banyak orang. Kondisi yang terakhir justeru akan merosak keseimbangan fisik, tekanan darah naik, detak jantung tidak menentu dan cepat tua. Dalam dunia kesihatan mengatakan bahawa orang yang tersenyum, tertawa tidak berlebihan, membuat jasmaninya sihat terutama dapat menlonggarkan ketegangan otot wajah, wajahnya selalu terlihat berseri dan indah dipandang.

Secara filosofi, senyum adalah ekspresi optimisme dan harapan. Sedangkan marah adalah ekspresi berputus asa dan ketidaksabaran. Senyum adalah sikap membangun, marah adalah sikap merosak. Menyikapi kondisi carut-marut bangsa ini, layaklah kita tersenyum. Sikap marah hanya akan memperkeruh kondisi, kemarahan bisa berbuah dendam, bisa menyulut pertikaian, bisa mengubur ukhuwah. Ringkasnya, marilah tersenyum dan hindari marah. "Orang yang pantas dipuji ialah orang yang masih sanggup tersenyum dalam keadaan serba menyayat memilukan hati" (Ella W Wilcox). Waallahu 'alam......

selamat membaca...senyum..:)
harap2 pas ni dak j3 semuanya suka senyum.....
1...2...3....senyum.....comelnya.....hehe..(copy n paste)untuk tatapan rakan2..maaf jika bahasanya sukar difahami...malas nk edit2..hik3...thanks..

20 tips percintaan???hhuuu

1. Adalah sesuatu yg menyeronokkan apabila kamu menyatakan bahawa hanya dia seorang sahaja yg kamu cintai untuk selama-lamanya dan tidak akan ada duanya.

2. Paling menarik apabila kamu sekali sekala mengirimkan kad ucapan yang di buat sendiri. Jangan tunggu sehingga hari jadinya atau pada hari kekasih hari-hari biasa juga kamu boleh meluahkan perasaan cintamu padanya.

3. Setiap saat kamu harus mengingatinya dalam sebarang pekerjaan yang kamu lakukan. Percayalah apabila kamu mengingatinya si dia juga pasti akan mengingatimu

4. Sentiasa berkongsi rahsia dengannya. Si dia akan merasakan dirinya amat penting dalam hidup kamu kerana dalam semua hal kamu tidak pernah berahsia dengannya.

5. Setiap kali si dia melakukan kesilapan jangan sesekali merendah-rendahkannya. Tugas kamu adalah beri sokongan padanya agar bangkit memperbaiki kesilapan bukan membuatkan dia lebih rasa rendah diri.

6. Jangan malu untuk beri mesej ataupun ucapkan sendiri padanya kamu rindukan dia terutama apabila si dia tidak ada di sampingmu walaupun sesaat.

7. Jangan terlampau berdandan sehingga membuatkan si dia bosan denganmu.

8. Lelaki juga sukakan hadiah tetapi mereka tidak tunjuk jadi apa kata yang perempuan sekali sekala berilah si dia hadiah walaupun hari jadinya lambat lagi. Begitu jugalah dengan lelaki yang sememangnya sudah sedia maklum perempuan suka terima hadiah. Berbunga-bunga hati bila kamu beri hadiah padanya.

9. Janganlah rasa terlalu kecewa sekiranya si dia terlupa melakukan sesuatu yang kecil untukmu.

10. Jangan bandingkan dirinya dengan sesiapa kerana si dia akan menganggap kamu lebih suka orang lain darinya.

11. Raikan hari jadinya dan lakukan kejutan dan sambutan yang berlainan setiap tahun.

12. Belajarlah membuat keputusan sendiri. Jangan sekadar menyerahkan kepadanya bulat-bulat untuk membuat keputusan.

13. Jangan selalu menganggap si dia boleh membaca semua yang ada dalam hatimu. Belajarlah berterus terang…

14. Setiap malam telefonlah si dia untuk mengucapkan selamat malam.

15. Jika dia membayar tiket wayang, apa salahnya kamu pula yang membeli makanan dan minuman ringan.

16. Hargailah ‘privacynya’ jangan sesekali menceroboh membaca diarinya.

17. Sekiranya ada kelapangan, ajaklah si dia bercuti.

18. Jika kamu mempunyai lesen memandu janganlah biarkan hanya si dia sahaja yang memandu. Tawarkanlah bantuan kamu untuk membantunya memandu. Tidaklah si dia rasa seperti pemandu..

19 Berikan nama gelaran yang mesra tetapi hanya kamu berdua sahaja yang mengetahuinya.

20. Apabila berlaku perkara-perkara yang memalukan pada dirinya, berpura-puralah yang kamu tidak mengetahuinya.

hahaha..baca ler...khas wat dak j3 yang bercinta...heee..sape yang jenguk2 blog ni pon leh gak..huk3..jangan ikut sangat eh..aku copy paste jer ni..saje nk memeriahkan blog...:)senyummmmmm


Sabtu, 30 Oktober 2010

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH

sekadar berkongsi..=)


Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID.

Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat
kita.Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita
tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNA'K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'K
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS
6. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
7. AMIN...............hendakl
ah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN.... 3 harakat.

why 'bye' ???

Kenapa aku baru tau maksud perkataan "BYE"... SubhanAllah!!!
by Mike India Xray on Monday, April 5, 2010

Perkataan "BYE" merupakan jarum sulit org Kristian... Di dlm bahasa Arab b'maksud "fihafzil baba ". Manakala dlm bahasa Malaysia b'maksud di Bawah Naungan Pope(paderi). Jadi foward dan sebarkan kepada semua shbt2 anda. Semoga Allah memberi rahmat kpd kita dan org Islam yang lain. Wassalam di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. kalau ada saudara kita terminum 'Holy Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu! . Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan.insyaAllah. tolong fowardkan ... demi islam... demi agama yang tercinta...insyaallah... forwardkan mesej ini..

release tensen

"kalau rasa nak tersenyum baca la... senyum je la......

Peribahasa: Lembu punya susu, Nestle dapat nama.
Maknanya: Macam mana keras bekerja pun, macam mana nya canggih idea kita pun, last last, boss jugak yang dapat nama. Apakan tidak, kat dalam management meeting, mana kita tau apa yang boss khabarkan kat ketua boss.

Peribahasa: Melepaskan batuk didalam lift.
Maknanya: Helo! Kalau nak lepaskan penyakit atau kuman tu carilah tempat yang sesuai! Jangan lah tempat awam yang ter-enclosed. Besar nya hamlau!

Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke taik jugak dia hinggap
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer.

Peribahasa:Sepandai -pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.
Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu lah selalunya tak bagus..


Peribahasa: Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknanya: Ada orang kentotlah tu...

Peribahasa: Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.
Maknanya: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.

Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader sorang lagi...... kat bawah ke....kat tengah ke...tengah baring ke....

Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa piano
Maknanya: Nasib malang yg tak agak-agak.

Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.
Maknanya: maknernyer.. maknernya... Jgn nak tersengeh2 kat depan PC. Pi ah buat keje...muahaha. .CHOWWWW. ."

** Aku suka baca email yg lawak camnih.. Saja nak letak dalam blog ni utk dikongsi bersama.. :)



aguero

Jumaat, 29 Oktober 2010

Kekasih...

Kasih, telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda agungnya cinta kita
Kasih, telah kubinakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati.

Mekar menghiasi taman kasih kita
Dan diiringi haruman fridausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa mengungguku
Kerna takdir kurelakan jua.

Kekasih...
Akan kupahatkan doaku
Di dalam lena dan jua jagaku...

Kekasih...
Akan kusirami pusaramu
Dengan cinta sejati...


Madah ini bukannya kutujui kepada sesiapa.. Namun, adakah masih ada kekasih yang diidamkan dengan lengkap pada agamanya, hartanya, akhlaknya dan rupanya di dunia ini?? Anda fikirkanlah...

Masih ada lagikah pasangan yang sanggup berkongsi jerih perih dan susah payah dengan pasangannya? Tatkala musibah melanda?? Bersyukurlah andai pasangan anda menepati ciri-ciri itu...

Khamis, 28 Oktober 2010

Pensyarah PJ

 


Dari kiri Encik Razak, Encik Kanaisan, Encik Khusairi...
Posted by Picasa

Dengan Encik Razak

 


Selepas aktiviti survivor... Sesi bergambar dengan Encik Razak, pensyarah PJ Rekreasi... Layan!!!
Posted by Picasa