Khamis, 8 Julai 2010

sekadar di pinggiran...

disini,
ku mencari sebuah kebahagiaan,
ku mencari sebuah percintaan,
ku mengharap suatu kepercayaan,
ku menanti kecapi sinaran mentari,

namun,
hadirku tiada dihiraukan,
hadirku umpama perhiasan,
hadirku ibarat persinggahan,
hadirku tiada bermakna,

dimatamu,
aku hanyalah insan biasa,
sekadar hadir mencari simpati,
aku bagaikan menagih kasihmu,
merintih,
merayu dan merayu.

usah berikan ku kasih palsumu,
usah ucapkan ku janji manismu,
usah biarkanku terperangkap dlm dakapan mu,
usah jadikan ku insan tiada bermakna di matamu.

di mana mata hatimu,
dimana??
aku bukan menagih kasih palsu mu,
lihatlah aku dengan mata hatimu,
kerana mata hatimu adalah kejujuranmu,

andai sudah suratan begitu,
biarkan aku hanya .....
sekadar dipinggiran.

Tiada ulasan: