Rabu, 11 Mei 2011

Pesanan Mak Menjelang Hari Peperiksaan










Sebelum Peperiksaan..

1. Banyakkan doa. Lebih baik kalau buat solat2 sunat.
Contohnya: solat hajat, tahajjud, taubat dan sebagainya..Mak ckp..kalau baca tak masuk2...bangun..ambik wuduk...solat taubat...tenangkan hati dulu( berapa orang jer boleh buat mcm ni) kuat sikit!
Sesungguhnya,,terhalangnya sesuatu permintaan(doa) kerana dosa dan maksiat....bersihkan hati...ilmu pun senang nk masuk. Ilmu tu kan cahaya..cahaya hanya boleh diterangi dengan ibadah dan melakukan kebaikan.
Doa : Diberikan kesihatan( sakit ssh nk jawab periksa)
Dipermudahkan semua soalan.
Tenangkan hati (gelabah nanti semua jadi lupa)

2. Minta maaf kt semua..terutamanya mak bapa kita.. cikgu.
Pernah jadi satu cerita sadis akibat tidak mahu mendengar kata-kata ibunya kerana mementingkan peperiksaan daripada keluarga sendiri. Cerita secara ringkas:
"seorang ibu meminta anaknya pulang ke rumah kerana keadaan bapanya yang sedang nazak. Si anak bertegas untuk meneruskan peperiksaan kerana itu merupakan "final exam" untuk "final sem" .Ibunya sgt sedih dengan tindakan anaknya. Si anak dengan penuh siap untuk menjawab peperiksaan telah mangambil peperiksaan tanpa menghiraukan suruhan ibunya. ketika si anak ingin menjawab soalan, serta merta kesemua pen yang dibawanya tidak mengeluarkan dakwat. Maka si anak resah dan akhirnya telah gagal dalam peperiksaannya."

3. Mulut tu jaga sikit. Dok mengata orang je..Free2 jer nanti ilmu tu pergi kt orang lain.(tp kadang tu geram. Byk dosa kita..ishk3.)
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

4. Cukupkanlah keperluan peperiksaan..mcm biasa..dulu kekecik mak boleh lah belika..ni dah besar,pandai2 lah nak siapkan sendiri..anak mak kan dah besar~ :)

5. Baca buku..ni tak..makin nk dekat periksa..makin lekat kepala kt katil(buku atas kepala) .Bak kata orang..fotostat buku masuk dalam otak..hahahaha..(sori la..ank2 mak ni mmg rajin..rajin bila malam nk periksa tu jer) :P

Semasa periksa dan selepas..

1. Tenang masuk dewan langkah kaki kanan.

2. Baca doa (minta dipermudahkan) jgn berlagak pandai sgt...dlm dewan tu kita sorang2 je..minta bantuan Yang Kuasa ..siapa tahu.keajaiban boleh belaku. Minta.."ya Allah, pinjamkan lah aku ilmu ketika aku memerlukan" (ingat: ilmu tu kita pinjam jer taw..bila2 masa Tuhan boleh tarik)...

3. Jawab semua. tak tahu pun jawab je. Mana la tau dah doa2 tuh pemeriksa nampak betul jer semua jawapan...insyaAllah~~lpastu jgn lupa semak.

4. Jgn tidur dalam dewan. Tahan sikit mata tu. Penah terjadi pada diri aku sendiri..(tu la suka sgt tidur) tp serik dah lpas tu...semangat punya study..dah yakin boleh jawab. Masuk dewan tidur..bangun bile lagi 5 minit nk hantar..memg TERBAIK! paper Bahasa Arab plak tuh...mmg tulis ats angin je la... laju gila..tulisan jawi dah boleh jadi tulisan sanskrit..tarikkkkkk~~~. Memang result GEMPAK r...(gelak jer dpt paper)

4. Tawakal.

5.Lepas periksa, jngan putus doa...
Doa: moga kesalahan kita tertutup di mata pemeriksa.
MOga lembut hati pemeriksa.
Moga markah terlebih kira( hahaha) suka hati jer...

Akhir sekali...terima keputusan dengan hati yang terbuka...Semua ujian dtg dr Allah..Allah tidak akan menguji hambanya melainkan dengan kemampuannya..kalau berjaya,, Alhamdulillah..kalau kurang mencapai target.. usaha lagi sem akan dtg..jgn pernah putus asa..OK..kalau putus asa..balik umah kawin jer..(mak aku ckp) hahaha...
ucapan buat teman2 j3...smua nasihat ni mesti mak korg pon ada bg skali kan...tiap2 tahun dgr nasihat yang sama..maka dah lekat dalam kepala ni....so..sesama lah kita ikut...

All the best untuk semua...MOga kita berjaya di Dunia dan Akhirat sesama..dapat pointer yang tinggi sesama.. sesama...semua sesama la....InsyaAllah~aminn....


1 ulasan:

Unknown berkata...

terima kasih atas perkongsian...

Selamat Maju Jaya juga kepada rakan-rakan J3...