Ahad, 8 Mei 2011

kiTA SaHaBat SamPai BiLa2 yE...


Assalamualaikum..dan selamat sejahtera..
lama sudah tidak kujenguk...lama jua tidak ku ziarah..blog kelas tersayang..

sedikit coretan..buat..kamu...kamu...sahabat2 saya.....

Sahabat…

Kita mungkin pernah dilukai..

Mungkin jua kita melukai..

Berlaku tanpa kita sedari..

Kerna masing2 punya perasaan berbeza..

Andai hati ini dicipta sama..

Di manakah indahnya…

Indah kita pada variasi ciptaan-Nya..

Untuk dikongsi…

jua diselami…

Sahabat..

Lontarkan jauh sengketa..

Buang ke tepi hasad…

Tenggelamkan salah faham..

Hadirnya itu semua kerana dia.

Dia Penghasut yang tegar..

Senyum berdansa …

Berpeluk riang…

Bertepuk girang…

Dek kerana jayanya sebuah misi…

Misi memecahkan kita..

Dirajai sang penghasut..

Syaitan Laknatullah..

Tafakurlah sahabat..

Bukan seminit..

Bukan sehari…

Tetapi bertahun-tahun lamanya..

Kita kejatkan persahabatan…

Dengan pelbagai memori indah..

Indah pada ingatan..

Indah pada kenangan..

Semuanya tampak indah..

Walaupun kadangkala..

Terhidu bangar…

Tetapi hanya yang segar..

selalu bermain di ingatan…

Iaitu..MEMORI INDAH KITA BERSAMA…..

Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).

Andai ada tersilap bahasa...terkasar bicara spjg kita berkwn..mohon maaf dipinta..

Halalkan makan minum...

Moga kita berjaya dalam exam Dunia dan Akhirat~insyaAllah...

Saya sayang semua sahabat2 saya....(^_^)







3 ulasan:

Unknown berkata...

Oh... begini rasanya...
BAhagia aku kat dalam kelas ni...

J 3 Ambilan Julai 09 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
J 3 Ambilan Julai 09 berkata...

bahagilah hendak-Nya..


kemal...:)