Sabtu, 8 November 2014

apa aku sudah punya pengganti?

"apa aku sudah punya pengganti?" monolog si blog seorang diri melihat 19 kesayangannya sudah mula beralih arah. 

bukanlah cemburu melihat kelahiran generasi YYY iaitu whatsapp, wechat, facebook, line, telegram, twitter, instagram dan seumpamanya.

tetapi apa ya? entahlah. yang pasti si blog punya rasa sedih - sedikit.

teringat si blog masa mula-mula ditubuhkan oleh 19 kesayangannya. bukan main meriah kauuu... masa tu masing-masing hampeh sedikit nak berblog. 

berbalas-balas komen di ruangan komen. sampai ada yang jadi pelik-pelik sahaja conversation nya. almaklumlah, setiap kali komen kena refresh, baru nampak komen terbaru. haha... haruuu...

tidak lama kemudian, ada ahli kesayangannya prihatin tentang masalah umat ini, maka ditambah ruang chatting di bahagian tepi. barulah nampak sistematik sikit. hehe...

kalau tak memang masing-masing syok sendiri, haruuu

tidak lama kemudian, barulah seorang demi seorang membuka akaun facebook. maka tertubuh pula group baharu di facebook.

tidak lama kemudian, group baharu di whatsapp. 

apapun yang berlaku... apapun yang berubah...apapun yang terbaharu...

harapan si blog semoga 19 kesayangannya tetap tertaut hati-hatinya... walaupun jarak dan masa memisahkan jasad...

tiada alasan untuk sesiapa mengundur diri mahupun mendiamkan diri...

tiada alasan setelah si blog tetap setia menunggu, si facebook gembira menanti dan si whatsapp sedia berkhidmat...

ada lebih kurang beberapa hari sahaja lagi...

esok kita akan bermain...untuk kali terakhir sebagai mahasiswa guru j3...untuk kali terakhir sebagai seorang yang 'single'...dan untuk kali terakhir sebagai acah-acah budak sekolah lagi...kali terakhirnya bermain bersama-sama

esok juga kita akan berjamuan... jamuan yang terakhir...jamuan penutup...jamuan yang diulang semula seperti mana jamuan pertama kali kita sambut, suatu ketika dahulu... tukar-tukar hadiah, ada game kecil-kecilan, montaj yang power dan seumpamanya. yang pasti bergaya!

besok-besoknya pula kita akan menghadapi peperiksaan kali terakhir di maktab...kali terakhir untuk study sama-sama...kali terakhir untuk bincang soalan spot sama-sama... kali terakhir untuk mengingati kedudukan masing-masing di dalam dewan... dan kali terakhir menulis angka giliran di atas kertas...


ahh... biarkan tulisan ini habis begini sahaja. sengaja. biarkan pra kesedihan ini diberi ruang. sehingga mencapai klimaks dan penutupnya... kemudian tulisan ini akan kembali dengan penutupnya yang tersendiri... 



inilah 19 kesayangan si blog. gambar diambil semasa Malam Gala Nostalgia Unit J pada 5 November 2014 bersamaan hari ulang tahun Najib Hassan Basri yang ke-23. 

malam galak J3 nanti kita buat habis sedih ya...sobsobsob



Selasa, 31 Disember 2013

BARAAN LEGASI GURU J3 (25-->29.12.2013)

Alhamdulillah, syukur..akhirnya hasrat kami untuk melawat ke semua rumah rakan kelas berjaya dijalankan. Walaupun terdapat ketidakcukupan ahli, namun program ini tetap berjalan seperti yang dirancang. Program BARAAN LEGASI GURU J3 berjaya dijalankan selama 5 hari iaitu bermula dari rumah yang paling selatan iaitu PONTIAN JOHOR hinggalah KUANG SELANGOR.

Macam berita la pula kan.. huhu.. secara jujur daripada lubuk hati yg tulus ikhlas, pengalaman ni cukup memberi seribu satu rasa. Memandangkan kita akan menghabiskan pengajian tahun hadapan. Mungkin ini yg terakhir program lawatan ke rumah masing2. Jika kita dipanjangkan umur, diberikan peluang.. insya-Allah..kita buat lagi ya kawan-kawan... Terima kasih semua.. moga ukhuwah antara kita semakin erat.

Mereka yang akan aku rindu.. <3 p="">




















Jumaat, 1 November 2013

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 6 TAHUN 2013

7 NOVEMBER 2013 BMM 3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN
8.15 - 10.45 PAGI

11 NOVEMBER 2013 PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
2.00 - 4.30 PETANG

13 NOVEMBER 2013 BMM 3112 SEJARAH BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN
8.15 -  10.45 PAGI

*semoga berjaya kepada semua legasi guru J3 dalam menempuh peperiksaan kali ini......lagi tiga kali je peperiksaan kat ipg ni*
28 oktober 2013 kami sekelas g ULU CHEPOR buat BBQ sempena hujung sem dan sebelum menempuh exam akhir sem 6.......makan makan makan.....dan mandi mandi mandi kat sana......

Geng gadis pilihan j3....haha

ketua chef sedang memeriksa bahan masakan

yang sakit pun gagah...hehe

ready untuk masak


nyum nyum~

3 idiot??

Selasa, 29 Oktober 2013

17 OKTOBER 2013 di MBI kami J3 buat kejohanan badminton kali kedua.....pernah buat lawan badminton sebelum ni.....kali ni ada 4 group dan ada 3 kategori mcm biasa...beregu lelaki, beregu perempuan dan beregu campuran.....tahniah kepada semua.......fuhhh!!

 go! go!

beregu perempuan team B

sengit nampaknya~

hiyakkkk!!

team A

team B

team C

team D

perkara wajib~~

semoga kejohanan badminton ini akan dibuat lagi pada masa akan datang~~
adiosss~

Isnin, 12 Ogos 2013

Sebelum kami semua bercuti hari raya....sempat berbuka puasa bersama-sama satu kelas....bersama mentor J3 Puan Siti Khamariah@mummy.....di Hadramaot Paradise sebelah HOTEL KINTA RIVERFRONT...

aaaaaaaaa~~

peace!!

sesi gelak ketawa

Khamis, 18 Julai 2013

bergambar

senyummmmm~~~
peaceee!!!
 Posing dulu
 borak ke gosip??
 burppp...kenyang!!!
yeahhh!!!

Selasa, 5 Februari 2013

30 Januari 2013 hingga 1 Februari 2013 kami J3 telah berjaya melaksanakan satu pameran seni yang diberi nama "LEGASI SENI" bertempat di Anjung Seri Budiman.



Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh yang melawat ke tapak pameran.....
*dia berkenan dgn lukisan kat belakang tu*
hahaha

Khamis, 11 Oktober 2012

Projek Mural di gimnasium IPG Kampus Ipoh oleh unit J3......satu lagi kenangan dapat diukir setelah siang dan malam berhempas pulas menyiapkan mural ini.......berbaloi!!