Khamis, 20 Januari 2011
kahwin lain x?
Hasip: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”
Nani: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”
Hasip: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…
Sabtu, 30 Oktober 2010
release tensen
Peribahasa: Lembu punya susu, Nestle dapat nama.
Maknanya: Macam mana keras bekerja pun, macam mana nya canggih idea kita pun, last last, boss jugak yang dapat nama. Apakan tidak, kat dalam management meeting, mana kita tau apa yang boss khabarkan kat ketua boss.
Peribahasa: Melepaskan batuk didalam lift.
Maknanya: Helo! Kalau nak lepaskan penyakit atau kuman tu carilah tempat yang sesuai! Jangan lah tempat awam yang ter-enclosed. Besar nya hamlau!
Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke taik jugak dia hinggap
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer.
Peribahasa:Sepandai -pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.
Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu lah selalunya tak bagus..
Peribahasa: Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknanya: Ada orang kentotlah tu...
Peribahasa: Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.
Maknanya: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.
Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader sorang lagi...... kat bawah ke....kat tengah ke...tengah baring ke....
Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa piano
Maknanya: Nasib malang yg tak agak-agak.
Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.
Maknanya: maknernyer.. maknernya... Jgn nak tersengeh2 kat depan PC. Pi ah buat keje...muahaha. .CHOWWWW. ."
** Aku suka baca email yg lawak camnih.. Saja nak letak dalam blog ni utk dikongsi bersama.. :)
aguero
Rabu, 18 November 2009
PERTAMA : TEKANAN
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
KEDUA : BENTUK TULISAN
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
KETIGA : KECONDONGAN
i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
KEEMPAT : KERAPATAN
i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
KELIMA : PADA HURUF J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
KEENAM : PADA PALANG HURUF KECIL T (T)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
RUMUSAN : -
Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…
Sabtu, 3 Oktober 2009
10 maksud tersembunyi....... hati prempuan.. haha...
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!
3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.
4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.
5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.
6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?
7.Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.
8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.
9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg 'dia' dapat i pun dapat..
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.
diari seorang isteri...haha...
Isnin :
Kad kredit saya telah dicuri, saya tidak membuat laporan polis kerana pencuri itu tidak menggunakan wang sebanyak yang digunakan oleh suami saya.
Selasa :
Saya bertanya kepada suami,”Sayang, tempat mana yang terbaik untuk merayakan hari ulang tahun perkahwinan kita?”
Dia menjawab, “Cubalah ketempat yang belum pernah saya lawati.”
Malam itu saya mendapat satu penampar kerana membawa suami saya ke dapur rumah .
Rabu :
Kalau keluar bersama-sama, kami selalu berpegangan tangan. Hari ini saya lepaskan tangannya, sedar-sedar dia sudah ketempat wanita bersenamrobik..
Kamis :
Suamiku paling suka membeli barangan kereta. Hari ini dia telah membeli roda berantai untuk kegunaan kereta kebal. Untuk Drift katanya.
Jumaat:
Hobi suamiku adalah Ubahsuai Kereta, Ubahsuai Kereta, dan Ubahsuai Kereta. Oleh kerana hari ini dia demam, malam tadi aku dengar ada 3 buah kedai accessories kereta telah bankrup.
Sabtu :
Dia suka mengumpulkan alatan elektrik untuknya dan keretanya.. Dia beli gitar elektrik, Tombol gear elektrik, stereng elektrik, dan semuanya serba elektrik.
Pagi tadi dia tanya, “Ayang, ayang rasa, barang apa yang belum saya miliki?”;
Saya belikan dia sebuah kurusi elektrik !- dapat lagi satu penampar.
Hari Minggu :
Hari ini, suami saya menelefon saya dan mengeluh, keretanya rosak dan tidak dapat bergerak lagi.
Saya tanya apa sebabnya,
Dia kata ada air di karburatornya.
Saya bertanya kereta ada dimana,
Dia kata terbabas kedalam Laut Danga Bay.
Rabu, 30 September 2009
tazkirah pagi......
aguero
Ahad, 27 September 2009
news......
LONDON: Chelsea kecundang buat kali pertama di bawah kendalian Carlo Ancelotti apabila Wigan mengejutkan mereka 3-1 ketika Manchester United mengatasi Stoke City 2-0 untuk naik ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris.
Ancelotti sudah mengemudi Chelsea untuk enam kemenangan liga berturut-turut, selain dua kejayaan pada Piala Liga dan Liga Juara-Juara tetapi rekod sempurna itu berakhir dalam aksi yang menyaksikan penjaga gol, Petr Cech, dibuang padang.
Chelsea sebelumnya ketinggalan pada minit ke-16 kepada gol Titus Bramble tetapi Didier Drogba menyamakan kedudukan pada minit ke-48. Hugo Rodallega dan Paul Scharner menjaringkan dua lagi gol untuk kemenangan Wigan.
Bek United, John O’Shea memastikan Stoke tidak mampu bangkit apabila menanduk masuk bola sepakan percuma Giggs untuk gol kedua pada minit ke-77.
Fernando Torres pula mencipta hatrik untuk Liverpool mengekori rapat pendahulu carta kedudukan selepas membelasah Hull 6-1 di Anfield. Ryan Babal menyumbang dua gol ketika Steven Gerrard turut meletakkan namanya dalam senarai penjaring.
Sabtu, 26 September 2009
Jumaat, 18 September 2009
Khamis, 17 September 2009
selamat beramal...
Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :
* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.
* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.
* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan
* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di tiup pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.
* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan
* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di tiup pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Rabu, 16 September 2009
motivasi diri.........
Tazkirah Untuk Hari Ini…..Jangan Ingat Nak Raya Jek! Motivasi Diri Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mencapai kejayaan. Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik...tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu bosan akan muncul jua di dalam hati. Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi diri.. 12. Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau ! 16. yang paling pnting, sntiase la bdoa kpade Allah.. aguero
1. Rancangkan dulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.
2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.
3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.
4. Jgn membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.
5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.
6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.
7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.
8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula.
9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.
10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.
11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.
13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dgn kemampuan diri.
14. Jgn menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.
15. Lakukan keje seikhlas hati
Selasa, 15 September 2009
kepada penggemar kangkung...
Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan
bagi anda when you want to eat kangkung
Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada
anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.
Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.
Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea , malam tersebut anak
itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya.
Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang
biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.
Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical
apapun.
Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia. setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam
batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi
untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan
rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.
Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat
banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.
Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala
kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan
meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip didalamnya. Semoga cerita ini
dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.
Isnin, 14 September 2009
kawan........
kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang.......
kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit......
kata atuk,
KAWAN tu seperti air, terus me ngalir.....
kata nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana ....
kate sedare,
kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!!
kata abang,
KAWAN tu seperti lembu, me ngikut saje ape dikata........
kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan....
kata adik,
KAWAN tu macam biskut, sekejap ade sekejap takde........
kata aku,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTILEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!
dia tetap kawan....
tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan aku...
itu cara aku berkawan..!! :-)
walaupun kita me mpunyai kekasih, tapi
teman tetap paling setia.
walaupun kita punyai harta yg banyak,
teman tetap paling berharga.
Ahad, 13 September 2009
jika aku jatuh..
BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM... Ya Allah, jika aku jatuh cinta Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu . Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati Izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya Agar tidak berpaling daripada hatiMu. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malamMu. Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia padaMu. Ya Allah, jika Kauhalalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga meluoakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya padaMU... AMIN.... aguero |
lagu....
Lagu Bahasa Jiwa Bangsa
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa
Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa
Lagu/Lirik: Dol Ramli