Memaparkan catatan dengan label ::panjang tinggi::. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ::panjang tinggi::. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Mei 2011

Pro-Forma Kursus: PISMP Semester 2

Assalamualaikum...

Perhatian kepada ahli kelas J3, pro-forma telah dimuat naik di dalam blog. Kepada sesiapa yang hendak memuat turun sebagai persediaan awal, anda boleh buat demikian sekarang.

Kepada para pengunjung, yang mempunyai sama kursus PISMP Ambilan Januari 2011 Semester 2, anda juga dialu-alukan untuk memuat turun maklumat ini.

*Sila klik pada butang 'DOWNLOAD'

EDU 3103 Murid Dan Alam Belajar

WAJ 3109 GERKO


WAJ 3104 Literasi Bahasa


WAJ 3114 Bina Insan Guru Fasa 2

Jumaat, 29 Oktober 2010

Kekasih...

Kasih, telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda agungnya cinta kita
Kasih, telah kubinakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati.

Mekar menghiasi taman kasih kita
Dan diiringi haruman fridausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa mengungguku
Kerna takdir kurelakan jua.

Kekasih...
Akan kupahatkan doaku
Di dalam lena dan jua jagaku...

Kekasih...
Akan kusirami pusaramu
Dengan cinta sejati...


Madah ini bukannya kutujui kepada sesiapa.. Namun, adakah masih ada kekasih yang diidamkan dengan lengkap pada agamanya, hartanya, akhlaknya dan rupanya di dunia ini?? Anda fikirkanlah...

Masih ada lagikah pasangan yang sanggup berkongsi jerih perih dan susah payah dengan pasangannya? Tatkala musibah melanda?? Bersyukurlah andai pasangan anda menepati ciri-ciri itu...

Rabu, 27 Oktober 2010

Pola Keselarasan Vokal

Memandangkan bahasa Melayu semakin berkembang dan bersifat dinamik, penyelarasan sistem ejaan wajar dilakukan, dan telah dilaksanakan dengan diberi nama sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu. Sistem ini merupakan rentetan kepada usaha pemurnian sistem ejaan bahasa Melayu di negara.

Berbicara soal pola keselarasan huruf vokal, boleh didefinisikan sebagai keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata dasar. Pasangan dua suku kata tersebut merupakan pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dan huruf vokal pada suku kata akhir yang tertutup.

Dalam bahasa Melayu, terdapat enam bunyi vokal yang terhasil daripada alat artikulasi manusia. Huruf-huruf yang melambangkannya ialah a, e, e, i, o dan u. Keistimewaan yang terdapat dalam huruf vokal bahasa Melayu ialah pada huruf e. Huruf e juga membentuk dua jenis bunyi vokal, iaitu vokal e taling dan e pepet. Dahulunya, ketika Sistem Za’ba diguna pakai, vokal e taling ditandakan pada atas huruf e, iaitu é untuk membezakan antara vokal e taling dan e pepet.

Jadual Pola Keselarasan Huruf Vokal:



Prinsip keselarasan huruf vokal:



Analisis kata berimbuhan:



Analisis suku kata:

Renungan untuk Kita... Sebagai Seorang Anak...

Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat...
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu...

Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang...
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab, kerja kita belum sudah...

Bila hati kita terguris, kita kata... “Mak memang tak pernah faham.”
Bila hati kita terhiris, kita kata... “Ayah memang tak ambil kisah.”

Bila hati mak kita guris, mak kata... “Tak apa, dia masih muda.”
Bila hati ayah kita hiris, ayah kata... “Tak mengapa, belum sampai akalnya.”

Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagai hilang kaki...
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...

Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal...
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga...

Apakah sumbangan kita kepada mereka??? Tatkala hati dan perasaan mereka terguris pedih dek sembilu yang dihadiahi kita??? Mak dan Abah selalu menangkan kita... Selalu sebelahi kita.. Namun, malangnya kita... Selalu kalahkan Mak dan Abah... Selalu duakan hati perasaan mereka dengan buah hati dan kerja kita... Dalam senyuman mereka, terpancar rasa kilan dan syahdu buat anak yang belum pernah jumpa seksa perasaan dan derita jiwa mereka...

Pabila susah, Mak Abah tempat mengadu...
Sesudah senang, Mak Abah tidak diambil tahu...

Pabila gagal, Mak Abah menjadi pemujuk...
Sesudah berjaya, Mak Abah tidak dirujuk...

Anak-anak,
Aku berpesan pada aku dan kalian, Mak dan Abah hanya sekali kurnianya kepada kita oleh Tuhan yang Maha ESa... Tidak pernah berdua kiraannya... Cuma di mahsyar, bisa ketemu selepas melewati dua alam yang jauh realitinya...

Anak-anak,
Aku berpesan pada aku dan kalian... Mak Abah sayang benar pada kita... Pada jiwa dan jasad kita... Sayangnya lebih daripada nyawa dan jiwa mereka... Hanya kita membuang jauh nilai kasih dan sayang mereka entah ke mana-mana... Tatkala berjumpa kekasih yang hanya sementara, belum cukup detiknya mengerti budi jasadmu, jauh berbanding Mak dan Abah...

Anak-anak,
Aku berpesan pada aku dan kalian... Usah sia-siakan peluang cerah kita... walau kita berjauhan dengan mereka kini... Dakaplah mereka sebelum mereka terbaring kaku... Kucuplah mereka sebelum mereka terkujur kaku...

Dari jiwa kuberkata, dari hati kuberbicara...
Unutk aku dan kalian....
Sama-sama kita renungi bingkisan ini...

Ahad, 14 Mac 2010

APA KHABAR WAHAI AHLI KELAS????

Hello...Hello...Hello...

ASAS 50 tumpang lalu. Sudikah kalian membaca nukilan yang kugarap ini? Kalau tak sudi, tidak mengapa. Kalau boleh, sudi-sudikan jiwa, ringankan jari membelai tetikus dan jangan malu jangan segan nak memberi ulasan. Hahahaha...

Baiklah, pertamanya, aku nak minta maaf sebab sekian lama aku tak menjengah blog yang menjadi pengikat pertalian persahabatan kita dahulu. Bukanlah apa-apa. Cuma nak bagi penerangan secara komersil. Huhuhu.

Memandangkan sekarang kita sedang bergelumang dengan kerja yang sangat memberi kegembiraan jiwa, aku sarankan kawan-kawan jangan terlampau sangat memberi tekanan kepada otak kalian. Buat dengan tenang, sabar. Anggap kerja-kerja itu sebagai KEKASIH YANG DIANGGAP. Jadikan dia sebagai seorang KEKASIH HALAL. Bolehkah?

Kemudian, aku nak ucapkan tahniah kepada kalian atas berjaya menjadi pendominasi KEJOHANAN OLAHRAGA IPG KAMPUS IPOH KE-25. Mana tidaknya, semua acara yang disertai ada muka kalian. Memang terbaiklah!!! Kita bukannya LEMBIK macam yang mereka lemparkan kepada kita. Lihat, kita berjaya buktikan. Andai diberi peluang untuk menubuhkan sayap baru, memang aku setuju.

Baiklah, akhirnya, aku nak ucapkan selamat maju jaya kepada semua ahli kelas. Semoga sentiasa berterusan bersabar menghadapi cabaran yang menanti di hadapan.

J3 TERBAIK!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ahad, 31 Januari 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera aku ucapkan kepada rakan-rakan kelas yang aku cintai dunia dan akhirat. Insya Allah. Aku rasa terpanggil untuk menulis dan mencoret di ruangan blog tercinta kita ini. Rasanya, sudah lama kita tidak memeriahkan blog ini. Mungkin faktor kerja dan tugasan yang menimbun telah menyebabkan blog ini kesepian dan kalau diinjakkan naluri mantiknya, blog ini mungkin sedang menangis dan sedih memikirkan nasibnya yang kian dipinggirkan. Sabarlah wahai Sang Blog J3.

Pertama-tamanya, masih belum terlambat lagi untuk aku mengucapakan selamat kembali meneruskan pengajian di semester dua ini dengan jayanya. Ucapan syukur Alhamdulillah juga aku ucapkan kerana tiada seorang rakan keals yang terpaksa dipanggil untuk mengulang kembali kertas peperiksaan yang lau. Alhamdulillah. Semoga tiada seorang pun yang tersangkut di tengah-tengah perjuangan untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi. Ucapan tahniah juga aku ucapkan kepada rakan-rakan kelas kerana telah berjaya memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang. Alhamdulillah syukur kepada Allah Taala. Semoga kejayaan itu dapat diteruskan sehingga kita menamatkan pengajian di IPG ini. Insya Allah. Tahniah aku ucapkan sekali lagi.

Seperti semester yang lepas, kita banyak memperoleh kejayaan dan mendapat pelbagai tawaran. Pantomin, kain rentang, kuiz dan sebagainya. Tidak kurang hebatnya kelas kita ini ya!!! Sehingga ada pensyarah dan pelatih senior tabik kerjasama dan kesatuan kita!!!! Sedarkah kalian? Kelas kita berjaya mengukir nama di mata mereka...
Tahun ini, semester dua ini juga, kita kembali dengan misi yang tidak terbayang dek akal. Dapat tawaran untuk menjadi tenaga produksi pementasan teater MELODI KUASA, menjadi peserta teramai Seminar Protokol dan Etiket Pengacaraan bersama Encik Isa. Sangat berbangga.

Akan tetapi, di sebalik peristiwa itu, aku dapat merasakan ada sesuatu yang sedang berlaku dalam kalangan kita. Aku tidak mampu untuk menyuarakannya di hadapan kalian, kerana aku takut cara itu akan dilihat seperti mendesak dan memaksa. Hanya di sini sahaja aku mampu untuk menyuarakan luahan itu.

Kenapa perkara itu harus berlaku di tengah-tengah kegembiraan kita? Susah sangatkah untuk kita kekal berbahagia tanpa sebarang kedinginan? Sejak kebelakangan ini, aku melihat seperti ada sesuatu yang cuba untun merumitkan keadaan perhubungan adik-beradik yang selama ini kita bina bersama. Selepas seorang, seorang pula yang dihurung masalah.

Melodi Kuasa barangkali mudah untuk aku kisahkan di sini. Ternyata, sepanjang proses pesediaan dan sehinggalah pementasannya, aku melihat ada sahaja yang menyebabkan berlakunya perselisihan faham. Memanglah perselisihan faham itu satu lumrah dalam gerak kerja berkumpulan. Namun, aku tidak rasakan perselisihan itu satu perkara yang lumrah kerana hingga terbawa-bawa sampai hari ini. Memang semua orang menginginkan sesuatu yang sempurna. Tetapi, sekiranya perkara itu tidak dapat seperti apa yang diharapkan, janganlah salahkan diri sendiri dan orang lain! Tidak sepatutnya berlaku dalam perkara ini. Memang sukar untuk mendapatkan persembahan dan proses kerja yang sempurna pada malam itu!!!! Aku akuinya... Tetapi, janganlah cepat menyalahkan diri sendiri dan orang lain.

Untuk menjadi seorang ketua, memang aku akui suatu perkara yang sangat rumit dan susah. Aku sendiri merasainya. Semua perkara perlu difikirkan dan diselesaikan dalam satu-satu masa. Tetapi, aku jadikannya sebagai satu perkara biasa kerana semua orang akan hadapi situasi yang sama. Sama seperti dalam kerja-kerja lain yang melibatkan kumpulan. Ketua sangat penting dalam memastikan perjalanan kerja yang lancar. Kritikan dan komen daripada pihak lain adalah satu kebiasaan bagi diri seorang ketua. Kadang-kadang kritikan yang diberikan, tidak dapat diterima oleh hati. Aku juga merasainya. Jadi, kepada sesiapa yang akan menjadi ketua dalam apa-apa kerja, hadapilah dengan fikiran yang positif. Jangan terlalu emosional dan terlalu cepat menyalahkan diri sendiri.

Akhir sekali kerana aku tak sanggup nak menulis panjang takut-takut ada yang tidak dapat terima ulasan aku ini. Andai ada masalah atau runsing, janganlah pendam sendirian. Kita hidup berkeluarga di sini. Bukan hidup menyepi tanpa kawan. Kita semua anggaplah kelas kita sebagai sebuah keluarga. Jangan anggap kita asing. Sekiranya ada masalah, jangan segan untuk menceritakannya. Luahkanlah kepada orang yang kalian percayai.

Seribu kemaafan aku ucapkan sekiranya ulasan aku ini berbaur dendam atau menimbulkan rasa ketidakpuashatian dalam hati kalian semua. Sesungguhnya, aku hanyalah seorang insan biasa, yang banyak mealkukan kesilapan. Aku bukanlah insan yang maksum, kerana hanya Nabi seorang sahaja yang maksum. Andai kata-kata aku ada menimbulkan rasa tidak puas hati, maafkanlah aku.

Sekian, wassalam.....

ASAS 50...

Khamis, 17 September 2009

J3 de conquerer!!!!!!

ucapan selamat hari raya, nmpknyer j3 yg conquer....
see, kiter yg lepak, happy, n mafia...
hahahahahahaha....