Memaparkan catatan dengan label becks. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label becks. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Mac 2010

Istilah Bercinta

Ramli Sarip



Kau kata kau cinta
Kau kata kau sayang
Kini entah di mana
Tiada lagi kemesraan

Kau kata setia
Hanya aku saja
Tapi hilang ke mana
Tiada lagi kenangan

Ku tabahkan hati
Ku genggam azimat
Untuk ku balut luka semakin mendalam
Biarku hadapi walaupun tergugat
Akan ku benamkan biar jadi debu

Kini ku mengerti
Istilah sebenar
Di dalam bercinta
Tiada kepastian
Tiada penentuan
Akan kebahagiaan
Semua percintaan
Haruslah berkorban
Tiada batasan

Selasa, 23 Mac 2010

utk lelaki shj...

Ini adalah petua untuk break-up dengan aweks. Penggunaannya adalah atas risiko sendiri.

1.) Dapatkan awek.

2.) Fikir korang akan bahagia selamanya.

3.) Ingat korang akan bahagia selamanya.

4.) Rasa korang akan bahagia selamanya.

5.) Gaduh kecik pasal duit.

6.) Gaduh besar pasal duit.

7.) Gaduh tahap raksakse sampai korang lupe apasal korang gaduh.

8.) Break-up.

9.) Hidup bujang.

10.) Enjoy, pegi kelab malam, dengar musik pelik, tengok citer barbie, layan wonderpet, naik motor sambil rempit, tackle aweks orang dan buat panggilan palsu 999.

11.) Rujuk balik.

12.) Cakap betapa rindunye korang.

13.) Fikir betape rindunye korang.

14.) Ingat betape rindunye korang.

15.) Tengok wayang.

16.) Gaduh pasal fesyen korang.

17.) Gaduh pasal kerje korang.

18.) Gaduh tahap kalah raksakse sampai korang lupe ape yang digaduhkan.

19.) Break-up, hidup bujang sampai korang dah sedia balik.

20.) Mulakan balik dari no.1.

haha...

Di satu lapangan terbang, sepasang kekasih, Bloom dan Jenab saling
memandang dengan ekspresi wajah sedih. Mereka akan berpisah selama
dua tahun kerana Bloom terpaksa berpindah ke New York. Tidak lama kemudian,
terdengar suara dari operator bahawa pesawat yang akan menuju ke New York
akan berangkat. Sebagai tanda perpisahan, mereka berciuman dengan sangat mesra.
Kemudian Bloom meninggalkan Jenab sambil melambaikan tangannya dengan air mata yang menitis di pipinya. Setelah berjalan dua ratus meter, tiba-tiba Bloom berlari semula mendapatkan Jenab.

Jenab dengan hibanya berkata ,"Pergilah Sayang. Aku merelakan pergianmu!".

Bloom menjawab,"Maaf sayang. Gula-gula getahku tertinggal di dalam mulutmu."