Assalamualaikum dan selamat sejahtera aku ucapkan kepada rakan-rakan kelas yang aku cintai dunia dan akhirat. Insya Allah. Aku rasa terpanggil untuk menulis dan mencoret di ruangan blog tercinta kita ini. Rasanya, sudah lama kita tidak memeriahkan blog ini. Mungkin faktor kerja dan tugasan yang menimbun telah menyebabkan blog ini kesepian dan kalau diinjakkan naluri mantiknya, blog ini mungkin sedang menangis dan sedih memikirkan nasibnya yang kian dipinggirkan. Sabarlah wahai Sang Blog J3.
Pertama-tamanya, masih belum terlambat lagi untuk aku mengucapakan selamat kembali meneruskan pengajian di semester dua ini dengan jayanya. Ucapan syukur Alhamdulillah juga aku ucapkan kerana tiada seorang rakan keals yang terpaksa dipanggil untuk mengulang kembali kertas peperiksaan yang lau. Alhamdulillah. Semoga tiada seorang pun yang tersangkut di tengah-tengah perjuangan untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi. Ucapan tahniah juga aku ucapkan kepada rakan-rakan kelas kerana telah berjaya memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang. Alhamdulillah syukur kepada Allah Taala. Semoga kejayaan itu dapat diteruskan sehingga kita menamatkan pengajian di IPG ini. Insya Allah. Tahniah aku ucapkan sekali lagi.
Seperti semester yang lepas, kita banyak memperoleh kejayaan dan mendapat pelbagai tawaran. Pantomin, kain rentang, kuiz dan sebagainya. Tidak kurang hebatnya kelas kita ini ya!!! Sehingga ada pensyarah dan pelatih senior tabik kerjasama dan kesatuan kita!!!! Sedarkah kalian? Kelas kita berjaya mengukir nama di mata mereka...
Tahun ini, semester dua ini juga, kita kembali dengan misi yang tidak terbayang dek akal. Dapat tawaran untuk menjadi tenaga produksi pementasan teater MELODI KUASA, menjadi peserta teramai Seminar Protokol dan Etiket Pengacaraan bersama Encik Isa. Sangat berbangga.
Akan tetapi, di sebalik peristiwa itu, aku dapat merasakan ada sesuatu yang sedang berlaku dalam kalangan kita. Aku tidak mampu untuk menyuarakannya di hadapan kalian, kerana aku takut cara itu akan dilihat seperti mendesak dan memaksa. Hanya di sini sahaja aku mampu untuk menyuarakan luahan itu.
Kenapa perkara itu harus berlaku di tengah-tengah kegembiraan kita? Susah sangatkah untuk kita kekal berbahagia tanpa sebarang kedinginan? Sejak kebelakangan ini, aku melihat seperti ada sesuatu yang cuba untun merumitkan keadaan perhubungan adik-beradik yang selama ini kita bina bersama. Selepas seorang, seorang pula yang dihurung masalah.
Melodi Kuasa barangkali mudah untuk aku kisahkan di sini. Ternyata, sepanjang proses pesediaan dan sehinggalah pementasannya, aku melihat ada sahaja yang menyebabkan berlakunya perselisihan faham. Memanglah perselisihan faham itu satu lumrah dalam gerak kerja berkumpulan. Namun, aku tidak rasakan perselisihan itu satu perkara yang lumrah kerana hingga terbawa-bawa sampai hari ini. Memang semua orang menginginkan sesuatu yang sempurna. Tetapi, sekiranya perkara itu tidak dapat seperti apa yang diharapkan, janganlah salahkan diri sendiri dan orang lain! Tidak sepatutnya berlaku dalam perkara ini. Memang sukar untuk mendapatkan persembahan dan proses kerja yang sempurna pada malam itu!!!! Aku akuinya... Tetapi, janganlah cepat menyalahkan diri sendiri dan orang lain.
Untuk menjadi seorang ketua, memang aku akui suatu perkara yang sangat rumit dan susah. Aku sendiri merasainya. Semua perkara perlu difikirkan dan diselesaikan dalam satu-satu masa. Tetapi, aku jadikannya sebagai satu perkara biasa kerana semua orang akan hadapi situasi yang sama. Sama seperti dalam kerja-kerja lain yang melibatkan kumpulan. Ketua sangat penting dalam memastikan perjalanan kerja yang lancar. Kritikan dan komen daripada pihak lain adalah satu kebiasaan bagi diri seorang ketua. Kadang-kadang kritikan yang diberikan, tidak dapat diterima oleh hati. Aku juga merasainya. Jadi, kepada sesiapa yang akan menjadi ketua dalam apa-apa kerja, hadapilah dengan fikiran yang positif. Jangan terlalu emosional dan terlalu cepat menyalahkan diri sendiri.
Akhir sekali kerana aku tak sanggup nak menulis panjang takut-takut ada yang tidak dapat terima ulasan aku ini. Andai ada masalah atau runsing, janganlah pendam sendirian. Kita hidup berkeluarga di sini. Bukan hidup menyepi tanpa kawan. Kita semua anggaplah kelas kita sebagai sebuah keluarga. Jangan anggap kita asing. Sekiranya ada masalah, jangan segan untuk menceritakannya. Luahkanlah kepada orang yang kalian percayai.
Seribu kemaafan aku ucapkan sekiranya ulasan aku ini berbaur dendam atau menimbulkan rasa ketidakpuashatian dalam hati kalian semua. Sesungguhnya, aku hanyalah seorang insan biasa, yang banyak mealkukan kesilapan. Aku bukanlah insan yang maksum, kerana hanya Nabi seorang sahaja yang maksum. Andai kata-kata aku ada menimbulkan rasa tidak puas hati, maafkanlah aku.
Sekian, wassalam.....
ASAS 50...
Ahad, 31 Januari 2010
Khamis, 28 Januari 2010
mana sume orang???
hallow.................
mana g sumer orang???
asal blog ni da dipandang sepi??
hurm..........................................................
kikilala
mana g sumer orang???
asal blog ni da dipandang sepi??
hurm..........................................................
kikilala
Selasa, 19 Januari 2010
Langgan:
Catatan (Atom)