Peliknya Betul Kita An…??
Pelik ya, 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.
Pelik ya, betapa lamanya satu jam berada di masjid, tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.
Pelik ya, tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat, dah rasa jemu tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.
Pelik ya, dengar iklan jualan murah dalam tv, rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah, tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.
Pelik ya, pasar malam jauh sanggup kereta pergi, tapi masjid dekat rumah rasa berat pula kaki.
Pelik ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.
Pelik ya, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadan bacaannya lama dan panjang.
Pelik ya, rasa susah sungguh untuk habiskan al-Quran walau satu halaman, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.
Pelik ya, ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert,tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.
Pelik ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gossip.
Pelik ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di emel yang layang di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan al-Quran.
Pelik ya, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai dalam emel, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah, sering berfikir dua tiga kali.
Pelik tak kita…?
Tepuk dada…tanyalah hati dan iman. !
Renung-renungkan wahai sahabat......
Buat diriku dan teman-teman...
Sama-samalah saling mengingati sesama kita...