Isnin, 19 Mac 2012

Teka-teki

Warnaku hijau,
tubuhku berduri,
isiku manis,
kadangkala dibuat bubur.

Warna kulitku kuning,
kalau dibuang merata, pasti ada yang terjatuh.
isiku lembut,
selalu dibuat pengat dan kerepek.

Aku berwarna merah dan kuning,
kulitku seakan berbulu,
rasaku amat manis,
kalau hendak petik gunalah galah.

Warnaku hijau,
isiku lazat dan enak,
kadangkala dimakan atau diparut,
boleh diguna dalam masakan.

Kulitku hijau, dalam berbiji.
rasaku manis dan berjus,
ada warna merah dan kuning,
nenjadi sajian pencuci mulut.