Jumaat, 11 November 2011
malam gala ~
baru je balik dari malam gala unit f ngan kpli
ermmmm
perkara yang tak ku sangka terjadi
aku menangis dalam kesedihan
warghhhhh
bukan sebab diorang
tapi aq dah imagine yang itu adalah malam gala kita
sirius...sangat hiba okeh
tak tipu
so kita masih ada 3 tahun lagi untuk mencoret sebanyak kenangan yang mungkin
oleh yang demikian, marilah kita terus menjaga silaturahim ini
agar kenangan yang dicipta tidak akan terpadam begitu sahaja
coretlah ia di atas batu, agar tidak dilapuk zaman,
jangan coret di tepian pantai kelak akan dibawa ombak
p/s : aq nangis time lagu 'selamat tinggal', by zizan feat dina
ok babai
Selasa, 14 Jun 2011
Hakikat Duniawi
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...
Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relaks disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik
Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela
Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana kita tahu ...
Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah
Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya
Mana kita tahu ...
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana kita tahu ...
Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya
Khamis, 9 Jun 2011
Satiraku Sendiri: Perihal Bahasa: Menguji Kata
Isnin, 6 Jun 2011
Baju T-Shirt/Jersi Semester 2 PISMP
BAJU T-SHIRT/JERSI SEMPENA PISMP SEMESTER 2 UNIT J3 (BM/PJ/PM)
Assalamualaikum w.b.t.
Hai kawan-kawan?? Diharapkan agar semuanya sihat hendaknya….. Maklumlah, cuti selama tiga minggu di samping keluarga tercinta…. Hehe.. Rasanya malas untuk berbicara lebih panjang, saya terus ke objektif utama penulisan kali ini..
Berdasarkan arahan daripada Ketua Unit kita untuk Semester 2 PISMP, beliau telah mengharapkan agar kita menggunakan Jersi/T-Shirt yang baru. Oleh yang demikian, saya dan rakan-rakan telah diarahkan untuk mereka cipta dan menjadikan impian beliau sebagai realiti. Di sini disertakan ciri-ciri T-shirt tersebut :
(Baju di atas merupakan pencetus idea t-shirt tersebut)
Warna baju ialah maroon, kain jersi dan kali ini ditaja oleh jenama “LEE COCK”
Corak sama seperti dia atas dengan corak (panahan petir) berwarna putih. Bahagian hadapan dan belakang dihiasi dengan corak tersebut.
Pengkhususan kita iaitu “BM/PJ/PM” tercalit bersulam di bahagian kanan menggantikan logo tersebut.
Di hadapan terdapat jata “SALLAS” menggantikan “TERGOBANK”
Di bahagian belakang t-shirt tercatit nama-nama saudara dan saudari
Kolar ialah sepanjang 1 ½ inci dan berzip
Khusus untuk kaum Hawa kali ini kami telah mengenakan lengan panjang untuk jersi tersebut.
Sekian untuk makluman pihak saudara dan saudari unit J3. Diharapkan agar rekaan kali ini diterima oleh semua pihak mudah-mudahan. Kekhilafan kami didahului dengan ucapan ampun dan maaf. Segala pertanyaan dan cadangan boleh diajukan kepada pihak yang berkenaan. Terima kasih.
“1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Jumaat, 27 Mei 2011
Pro-Forma Kursus: PISMP Semester 2
WAJ 3109 GERKO
Protokol dan Etiket Sosial
Rabu, 11 Mei 2011
Pesanan Mak Menjelang Hari Peperiksaan
Ahad, 8 Mei 2011
kiTA SaHaBat SamPai BiLa2 yE...
Sahabat…
Kita mungkin pernah dilukai..
Mungkin jua kita melukai..
Berlaku tanpa kita sedari..
Kerna masing2 punya perasaan berbeza..
Andai hati ini dicipta sama..
Di manakah indahnya…
Indah kita pada variasi ciptaan-Nya..
Untuk dikongsi…
jua diselami…
Sahabat..
Lontarkan jauh sengketa..
Buang ke tepi hasad…
Tenggelamkan salah faham..
Hadirnya itu semua kerana dia.
Dia Penghasut yang tegar..
Senyum berdansa …
Berpeluk riang…
Bertepuk girang…
Dek kerana jayanya sebuah misi…
Misi memecahkan kita..
Dirajai sang penghasut..
Syaitan Laknatullah..
Tafakurlah sahabat..
Bukan seminit..
Bukan sehari…
Tetapi bertahun-tahun lamanya..
Kita kejatkan persahabatan…
Dengan pelbagai memori indah..
Indah pada ingatan..
Indah pada kenangan..
Semuanya tampak indah..
Walaupun kadangkala..
Terhidu bangar…
Tetapi hanya yang segar..
selalu bermain di ingatan…
Iaitu..MEMORI INDAH KITA BERSAMA…..
Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).
Andai ada tersilap bahasa...terkasar bicara spjg kita berkwn..mohon maaf dipinta..
Halalkan makan minum...
Moga kita berjaya dalam exam Dunia dan Akhirat~insyaAllah...
Saya sayang semua sahabat2 saya....(^_^)
Khamis, 21 April 2011
Meniti hari-hari di IPKI ..
bening pagi yg membuih fikiran tatkala wajah2 yang tersayang bermain di minda...abah, mak,,
arghhh... rasa itu harus dibuang jauh2 dari ruang fikiran sempit !andai kudrat semakin lelah..
ika sayang J3.. ^^
Rabu, 16 Mac 2011
Sabtu, 12 Mac 2011
Hadiah Terbaik Untuk Diberi
Ahad, 6 Mac 2011
hmmmm....
'Rhythm' dan 'syzygy' adalah perkataan yang paling panjang dalam bahasa Inggeris tanpa huruf vokal.
Pada sepanjang masa, terdapat 18,000 kilat yang masih dalam proses pembentukan di atas atmosfera bumi ini. Apabila menghentam bumi, kilat membawa bersamanya kuasa elektrik setinggi 100 juta volt! Satu lagi fakta berkaitan bumi; Satu batu (1.6 kilometer) padu kabus, yang kita lihat begitu besar dan hebat di langit, sebenarnya dihasilkan oleh kurang daripada segelen air
.
Pelangi terbentuk apabila matahari berada 40 darjah atau kurang, di atas garis horizon.
Tahukah anda seekor kucing hanya boleh melihat dua warna sahaja iaitu hitam dan putih.
tahukah anda, nama terpanjang didunia pula di sebuah bukit di New Zealand iaitu 'Taumataw hakatangi ihangakoau auotama teaturipukak pikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu'
Khamis, 3 Februari 2011
“Over the Top”
Tapi baru-baru ni....ada la seseorang yang telah mencipta ini :
haha...terkejut kan...yang kamu semua biase maen yang 3x3x3 an....mnde ni 17x17x17....hahaha...banyaknyer...sebanyak 1529 kepingan dan besa lbey kurang 5.5 inci. Besanyer berbeza-beza. Orang yang cipta mende ni ialah Oskar van Deventer.
So, kepada peminat cube seperti John n dll.....ada bran ke????hehe
Di bawah ni disertakan cube yang sama tapi tak serupa.........
Rase-rase sape yang banyak mase tu...cube-cube la yer....
Khamis, 20 Januari 2011
kahwin lain x?
Hasip: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”
Nani: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”
Hasip: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…