Isnin, 6 Jun 2011

Baju T-Shirt/Jersi Semester 2 PISMP


BAJU T-SHIRT/JERSI SEMPENA PISMP SEMESTER 2 UNIT J3 (BM/PJ/PM)

Assalamualaikum w.b.t.

Hai kawan-kawan?? Diharapkan agar semuanya sihat hendaknya….. Maklumlah, cuti selama tiga minggu di samping keluarga tercinta…. Hehe.. Rasanya malas untuk berbicara lebih panjang, saya terus ke objektif utama penulisan kali ini..

Berdasarkan arahan daripada Ketua Unit kita untuk Semester 2 PISMP, beliau telah mengharapkan agar kita menggunakan Jersi/T-Shirt yang baru. Oleh yang demikian, saya dan rakan-rakan telah diarahkan untuk mereka cipta dan menjadikan impian beliau sebagai realiti. Di sini disertakan ciri-ciri T-shirt tersebut :

(Baju di atas merupakan pencetus idea t-shirt tersebut)

* Warna baju ialah maroon, kain jersi dan kali ini ditaja oleh jenama “LEE COCK”

* Corak sama seperti dia atas dengan corak (panahan petir) berwarna putih. Bahagian hadapan dan belakang dihiasi dengan corak tersebut.

* Pengkhususan kita iaitu “BM/PJ/PM” tercalit bersulam di bahagian kanan menggantikan logo tersebut.

* Di hadapan terdapat jata “SALLAS” menggantikan “TERGOBANK”

* Di bahagian belakang t-shirt tercatit nama-nama saudara dan saudari

* Kolar ialah sepanjang 1 ½ inci dan berzip

* Khusus untuk kaum Hawa kali ini kami telah mengenakan lengan panjang untuk jersi tersebut.

Sekian untuk makluman pihak saudara dan saudari unit J3. Diharapkan agar rekaan kali ini diterima oleh semua pihak mudah-mudahan. Kekhilafan kami didahului dengan ucapan ampun dan maaf. Segala pertanyaan dan cadangan boleh diajukan kepada pihak yang berkenaan. Terima kasih.

“1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

2 ulasan:

En. Ayam Serama berkata...

le coq..
cap ayam..
hahaha

farsyah berkata...

alamak u.....